Pemuda punk berhijrah jadi bilal - Utusan Malaysia

Pemuda punk berhijrah jadi bilal

TANGKAP layar video Tik Tok yang menunjukkan seorang pemuda punk berhijrah menjadi bilal di Jakarta, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Hidayah itu sesungguhnya milik Tuhan dan dia berhak mengurniakan petunjuk buat sesiapa yang dikehendaki. 

Begitulah saat hidayah menerpa buat seorang pemuda yang dahulunya berimej punk dan dipenuhi tatu di seluruh badan.  

Lapor Tribunnews, kini, pemuda yang tidak dikenal pasti identitinya itu tampil berimej baharu dengan jubah putih serta dilengkapi serban di kepala dan banyak menghabiskan waktunya di masjid menjadi seorang bilal. 

Cerita penghijrahan itu menjadi tular dalam media sosial sejak Khamis yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok. 

Difahamkan, pemuda tersebut pernah melarikan diri dari sekolah berasrama dan rumah ibu bapanya kerana ingin hidup di jalanan ketika berusia 12 tahun. 

Pemuda itu tampil menceritakan pengalamannya sewaktu hidup di jalanan yang mengaku pernah mencacah tatu di tubuhnya serta di bahagian wajahnya.

Namun, ketika usianya menginjak 20 tahun, pemuda tersebut akhirnya kembali menemui keluarganya kerana dia ingin berubah menjadi lebih baik. 

“Tiada yang memaksa, saya sendiri yang buat keputusan untuk berhijrah kerana melihat ramai kawan meninggal. Akhirnya, Allah berikan hidayah kepada saya,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya