JAKARTA: Seorang pelajar universiti tidak menyangka hasil reka bentuk pelitup muka di muncung pesawat Garuda dipilih sebagai pemenang.
Lapor Tribunnews, Helena Calista, 19, dari Universiti Pelita Harapan pada mulanya mengikuti pertandingan yang diadakan pihak penerbangan Garuda Indonesia menerusi Instagram.
Dia bagaimanapun, tidak meletakkan harapan tinggi daripada pertandingan tersebut kerana hanya sekadar mencuba serta mengetahui persaingan daripada seluruh Indonesia.
“Dengan mengikuti dan menghantar reka bentuk itu adala langkah yang sangat baik mendukung kempen memakai pelitup muka ‘Ayuh Pakai Pelitup Muka’.
“Selepas dimaklumkan mengenai kemenangan itu, saya benar-benar tidak sangka. Terekjut, gembira dan sangat berbangga kerana dapat menyertai dalam memberikan sumbangan positif kepada pesawat yang menjadi kebanggaaan penduduk Indonesia,” katanya.
Helene memilih corak batik parang sebagai motif pelitup muka dengan tema ‘Terbang Tinggi dan Tetap Dilindungi’.
“Saya memilih batik sebagai sumber inspirasi bagi melestarikan budaya Indonesia khususnya batik parang yang membawa maksud tidak pantang menyerah,” katanya.
Pertandingan berlangsung selama sebulan sejak Oktober tahun lalu dan pihak Garuda Indonesia memberikan kebebasan bagi peserta dalam menentukan corak reka bentuk itu.
Hadiah utama daripada peraduan itu adalah tiket penerbangan domestik serta menerima miniatur pesawat.