PBB iktiraf resolusi lindungi agama, tapak suci - Utusan Malaysia

PBB iktiraf resolusi lindungi agama, tapak suci

MASJID Sheikh Zayed di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dirakamkan semasa bulan Ramadan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf resolusi baharu bertujuan menentang kebencian mazhab dan melindungi tapak suci semua fahaman agama dengan toleransi lebih tinggi. 

Resolusi bertajuk Mempromosikan Budaya Keamanan dan Toleransi Melindungi Tapak Suci Agama dibentangkan semasa perhimpunan kali ke-50 oleh Arab Saudi yang disokong negara penasihat lain termasuk Maghribi, Mesir, Iraq, Kuwait, Bahrain, Oman, Yemen, Sudan dan Pakistan. 

Draf resolusi L.54 itu di draf berdasarkan prinsip asas yang termaktub dalam Piagam PBB dan Deklarasi Sejagat Hak Kebebasan Manusia yang selari dengan hak kebebasan berfahaman dan agama serta penghapusan semua bentuk sikap tidak bertoleransi dan diskriminasi terhadap etnik, agama dan bahasa golongan minoriti. 

Hal ini secara tidak langsung mendesak negara-negara anggota untuk mengambil langkah menentang ucapan kebencian, menghasut keganasan, stereotaip negatif berdasarkan agama atau kepercayaan, tidak toleransi dan tindakan keganasan lain termasuk penodaan agama.

Penerapan resolusi itu berlaku ketika serangan pengganas di tempat kebudayaaan, keagamaan yang semakin meningkat.

Negara anggota yang bersidang menjelaskan mereka kesal akibat pemusnahan monumen dan peninggalan bersejarah yang disengajakan dan mengecam tindakan seperti pelanggaran undang-undang hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Mereka mendesak anggota Perhimpunan Agung PBB memerangi kebencian agama melalui dialog di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa.

TOKONG Wat Ratchanatdaram di Bangkok, Thailand. – AFP

Negara anggota juga mengutuk pendukung kebencian dalam apa jua bentuk, baik dalam media cetak, audiovisual atau media sosial, dan menegaskan keganasan tidak boleh dikaitkan dengan agama, kewarganegaraan, peradaban atau kumpulan etnik tertentu. 

Wakil Tetap Arab Saudi ke PBB, Abdallah Al-Mouallimi semasa perhimpunan itu memberitahu tujuan resolusi itu adalah menggalakkan dan membangunkan budaya keamanan yang mampu menjadi perisai terhadap segala bentuk keganasan serta melindungi rumah ibadat daripada sebarang bentuk keganasan, provokasi dan radikal. 

Kebebasan beragama dan bersuara saling bergantung antara satu sama lain. Oleh itu, beliau menggesa supaya kesedaran dan tanggunggjawab membawa kebebasan bersuara dipertingkatkan serta halangan yang boleh menyebabkan keganasan. 

Jelas Abdallah, peranan utama setiap negara adalah mempromosikan dan melindungi hak kebebasan manusia serta ketua di antaranya adalah hak bagi kaum minoriti untuk menjalankan kepercayaan mereka secara bebas. 

Beliau menggambarkan agama sebagai simbol perdamaian, pusat pencerahan yang mencerminkan sejarah, struktur sosial dan tradisi masyarakat di seluruh dunia.

“Sangat menyakitkan apabila terpaksa melihat rumah ibadat berdepan ancaman dan kerosakan sama ada masjid, gereja, kuil atau tokong,” jelasnya. 

Resolusi baharu itu menyaksikan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mengadakan persidangan antarabangsa yang melibatkan perwakilan PBB, pemimpin politik dan agama serta kumpulan masyarakat sivil untuk memupuk sokongan politik dan meneruskan usaha melindungi rumah ibadat. 

Resolusi turut meminta semua negara anggota PBB menolak segala hasutan terhadap kekerasan dengan memupuk perpaduan, solidariti antara agama dan dialog antara budaya sekali gus mempromosikan budaya perdamaian tanpa kekerasan mahupun diskriminasi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya