LONDON: Jepun sekali lagi menduduki tempat pertama dalam senarai pasport paling berkuasa di dunia.
Lapor CNN, penilaian itu dibuat berdasarkan laporan terbaharu oleh Indeks Pasport Henley yang bertanggungjawab meneliti pasport perjalanan paling mesra di dunia.
Bagaimanapun, senarai penarafan itu tidak mengambil kira sekatan perjalanan sementara yang dilaksanakan ketika pandemik Covid-19.
Menurut indeks itu, pemegang pasport Jepun dibenarkan untuk memasuki ke 191 negara tanpa visa atau menerusi visa semasa ketibaan (VOA).
Jelas indeks itu, Singapura menduduki tempat kedua dengan warga negara Asia itu mampu memasuki 190 destinasi tanpa visa.
Korea Selatan dan Jerman di tempat ketiga dengan rakyat dua negara itu mampu memasuki 189 destinasi tanpa perlu memohon visa terlebih dulu.
New Zealand terletak di tangga ketujuh dengan akses kepada 185 destinasi tanpa visa manakala Australia di tangga kelapan dengan akses ke 184 destinasi.
Indeks pasport berkenaan berdasarkan hasil data daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) yang meliputi 199 pasport dan 227 destinasi perjalanan.
Senarai pasport terbaik untuk dimiliki 2021:
- Jepun (191 destinasi)
- Singapore (190 destinasi)
- Korea Selatan, Jerman (189 destinasi)
- Itali, Finland, Sepanyol, Luxembourg (188 destinasi)
- Denmark, Austria (187 destinasi)
Senarai pasport terburuk:
- Korea Utara (39 destinasi)
- Libya, Nepal (38 destinasi)
- Wilayah Palestin (37 destinasi)
- Somalia, Yemen (33 destinasi)
- Pakistan (32 destinasi)