Paderi ditembak di gereja - Utusan Malaysia

Paderi ditembak di gereja

KEJADIAN tembakan berlaku di Gereja Methodist Starrville, Winona, Texas, awal pagi semalam. -CNN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang paderi terbunuh dan dua individu lain cedera dalam kejadian tembakan di Gereja Methodist Starrville, Winona, awal pagi semalam.

Lapor CNN, Gabenor Texas, Greg Abbott berkata, suspek yang melepaskan tembakan di gereja dekat timur laut Texas itu ditahan sepasukan pihak berkuasa di bandar Winona.

Ketua Polis Daerah Smith, Larry Smith berkata, suspek dikenal pasti sebagai Mytrez Deunte Woolen,21, didakwa melakukan serangan itu sehingga menyebabkan kecederaan serius terhadap mangsa,Mark Allen McWilliams, 62, dari Frankston, Texas.

Insiden berlaku ketika Jabatan Polis Lindale pada Sabtu menjawab beberapa panggilan mengenai Volkswagen Jetta berwarna gelap yang didakwa memiliki senjata api.

Pada pukul 7.30 malam, Timbalan Polis Daerah Smith melihat kenderaan suspek di kedai serbaneka dan cuba menahan kenderaan itu, namun, suspek terus memecut laju.

Pihak polis mengejar suspek sejauh 32 kilometer (km) yang turut disertai oleh pasukan dari Jabatan Keselamatan Awam (DPS) Texas.

Kenderaan itu mencapai kelajuan sekitar 100 km/jam, sehingga merempuh kawasan berhampiran Gereja Methodist tersebut.

Menurut Smith, kereta itu dihentam oleh unit DPS sehingga menyebabkan beg udara terkeluar dan senapang ditemukan di dalam kenderaan itu.

Pihak polis berusaha mencari suspek di hutan dan menemui sebahagian kasut atau but yang dipercayai dipakai suspek.

Keesokan paginya, sebelum pukul 9.30 pagi, polis menerima panggilan terdapat tembakan di gereja.

“Apa yang kami percaya, kejadian pagi ini adalah suspek meloloskan diri dari kawasan hutan dan memasuki gereja melalui tingkap yang pecah.

“Supek masih berada dalam bilik mandi gereja dengan pintu ditutup ketika paderi atau isterinya membuka pintu dan terserempak dengannya,” katanya.

Paderi itu bersenjata dan berjaya membuatkan suspek terbaring di lantai.

“Namun, berlaku kekeliruan ketika itu. Ketika paderi itu bercakap dengan isterinya, suspek memukulnya dan terus mengeluarkan senjata api lalu menembaknya,” jelasnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya