JAKARTA: Sepasang pengantin terpaksa menjalani upacara akad nikah di sebelah van jenazah susulan bapa kepada pengantin perempuan meninggal dunia akibat positif Covid-19.
Lapor Tribunnews, kejadian itu berlaku pada 10 Januari lalu di Dusun Gambiran, Kampung Takeran, Magetan.
Menerusi video itu, kelihatan dua lelaki sedang bersalaman sambil seorang pengantin perempuan memakai sepersalinan serba putih di tempat tersebut.
Menurut rakan pengantin perempuan, Abdul Azis, sebelum akad nikah dilaksanakan, jenazah tersebut disembahyangkan di surau milik keluarganya.
Video berdurasi 29 saat dimuat naik dalam media sosial dan rata-rata netizen terharu ketika kedua-dua pengantin selesai menjalani upacara tersebut.
Warga maya turut mendoakan mereka menjadi pasangan keluarga bahagia dan jenazah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.