Nelayan jumpa muntah ikan paus RM1.16 juta - Utusan Malaysia

Nelayan jumpa muntah ikan paus RM1.16 juta

CHALERMCHAI MAHAPAN menemui sebuah ketulan lilin dipercayai muntah ikan paus bernilai RM1.16 juta. - VIRAL PRESS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Tuah menyebelahi seorang nelayan dari Thailand apabila menemui sebuah ketulan lilin yang dipercayai muntah ikan paus bernilai sebanyak 210,000 Pound (RM1.16 juta) 

Lapor Daily Mail, Chalermchai Mahapan, 20, menemui ketulan seberat tujuh kilogram selepas  botnya berlabuh di Pantai Samila yang terletak di wilayah Songkhla, selatan Thailand, 6 Januari lalu.

Chalermchai memberitahu, dia keluar untuk menangkap ikan dan terpaksa kembali semula ke pantai lebih awal akibat cuaca buruk.  

Kata Chalermchai, ketika menolak bot untuk berlabuh, dia menjumpai sebuah ketulan berwarna putih di tepi pantai yang dihanyutkan arus laut.  

Pada mulanya, nelayan itu menyangka ketulan itu hanyalah batu biasa tetapi setelah melihatnya dengan lebih dekat, dia percaya mungkin sesuatu yang amat bernilai.

Chalermchai kemudian membawa ketulan itu ke rumahnya untuk mengetahuinya lebih lanjut.

“Saya tidak pasti apakah ketulan itu sehingga bertanya kepada penduduk kampung yang memaklumkan saya,  ia adalah bahan buangan ikan paus dikenali sebagai ambergris,” katanya.

Ambergris lazimnya didapati dalam usus ikan paus dan bahan itu terbentuk akibat tindak balas ketika proses penghadaman mamalia tersebut.

Satu sampel ketulan itu dihantar ke makmal dan ia disahkan asli.

“Saya berasa bertuah menemui ketulan itu. Saya tidak mahu menjual bahan ini secara tergesa-gesa. Biarlah ejen mencari pembeli antarabangsa untuk membelinya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya