JAKARTA: Nelayan Pulau Lancang mendengar bunyi letupan di sekitar lokasi pesawat Sriwijaya Air terhempas petang tadi.
Kompas.com melaporkan, Ketua Pemerintahan Seksyen Transit Kepulauan Seribu Selatan, Surachman berkata, nelayan tersebut mendengar bunyi tersebut semasa hujan lebat di kawasan itu.
“Nelayan mendengar dua bunyi letupan di kawasan laut dan melihat pesawat terhempas semasa hujan lebat.
“Menurut nelayan itu, kejadian dikatakan berlaku pada pukul 2 petang,” katanya.
Nelayan yang menyaksikan insiden tersebut terus melaporkan kepada Kerajaan Kepulauan Seribu.
Sementara itu, kapal pemantau daripada Kementerian Pengangkutan turut menemui serpihan daging di lokasi yang didakwa terhempasnya pesawat tersebut.
Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Adita mengesahkan pesawat Sriwijaya Air SJ 182 terputus hubungan selepas berlepas dari Jakarta menuju ke Pontianak petang tadi.
Jelasnya, pesawat itu terputus hubungan selepas melalui Kepulauan Seribu.