Mia Trisetyani anak kebanggaan bapa - Utusan Malaysia

Mia Trisetyani anak kebanggaan bapa

MIA Trisetyani Wadu merupakan anak kebanggaan bapanya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang daripada pramugari yang bertugas ketika pesawat Sriwijaya Air terhempas dikenal pasti sebagai Mia Trisetyani Wadu.

Lapor Indo Zone, Mia berasal dari Nusa Tenggara Timur, namun menetap di Denpasar, bali.

Pramugari cantik yang mesra disapa Mia Zet Wadu itu merupakan anak kebanggaan bapanya.

Abang Mia, Ardie Samuel Cornelis Wadu berkata, sehingga kini dia tidak percaya adiknya terlibat dalam nahas tersebut.

“Kelmarin, saya dimaklumkan nama Mia tersenarai sebagai mangsa pesawat Sriwijaya Air.

“Saya terus hubungi rakan-rakan Mia dan mereka maklumkan memang benar dia mengikuti penerbangan tersebut,” katanya.

Ardie juga memaklumkan dia pada mulanya enggan memberitahu ibu bapa mereka mengenai tragedi yang menimpa Mia.

Namun, ibu bapanya mengetahui tentang nahas tersebut menerusi laporan berita dan juga makluman dari jiran tetangga.

Selain itu, Ardie turut memaklumkan Mia tidak menelefon ibunya sebelum berlepas.

Jelas Ardie, kebiasannya Mia akan menghubungi ibu bapanya untuk memberitahu jadual penerbangannya.

Hasil tinjauan Detik.com mendapati kediaman keluarga Mia dipenuhi dengan jiran yang turut bersedih dengan nahas tersebut.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya