Merapi: Penduduk belum dibenarkan pulang - Utusan Malaysia

Merapi: Penduduk belum dibenarkan pulang

PENDUDUK tempatan melihat Gunung Merapi yang mengeluarkan debu panas di Yogyakarta, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gunung Merapi yang meletus di Kampung Tegalmulyo, daerah Kemalang, Klaten Rabu lalu terus memuntahkan debu panas selama dua hari, lapor Tribunnews.  

Namun, ketua Kampung Tegalmulyo, Sutarno berkata, hujan debu itu tidak berlaku terlalu lama dan debu panas yang keluar juga tidak terlalu tebal. 

Katanya, penduduk di kawasan ini masih menjalankan aktiviti harian seperti biasa kerana keadaan masih aman. 

Sementara itu, Setiausaha Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Klaten, Nur Tjahjono Suharto meminta orang ramai di kawasan bencana Gunung Merapi sentiasa berwaspada dengan potensi peningkatan keaktifan gunung tersebut termasuk hujan debu yang masih berlaku.  

Dalam pada itu, mangsa pemindahan di Kampung Balerante, daerah sama masih belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. 

Ketua Hal Ehwal Kerajaan Kampung Balerante, Jainu berkata, pada mulanya penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini, namun langkah itu dibatalkan. 

“Status Gunung Merapi masih aktif dan diletakkan pada tahap berjaga-jaga. Pembatalan itu juga demi memastikan keselamatan penduduk,” katanya. 

Gunung Merapi yang merupakan satu daripada gunung berapi paling aktif di dunia direkodkan meletus dan mengeluarkan lahar panas pada 27 Januari lalu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya