Mangsa gempa tinggal dalam reban ayam - Utusan Malaysia

Mangsa gempa tinggal dalam reban ayam

PULUHAN penduduk di Majene tinggal sementara di dalam reban ayam berikutan bantuan keperluan asas yang tidak mencukupi. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Puluhan penduduk Maliaya di Majene, Sulawesi Barat belum mendapat bantuan khemah untuk dijadikan tempat perlindungan sementara sejak gempa bumi melanda wilayah itu pada minggu lalu.

Sehubungan itu, ada dalam kalangan mereka sanggup tinggal di reban ayam dan membentangkan kanvas sebagai alas.

Ketua Kampung Maliaya, Masri berkata, penduduknya amat memerlukan bantuan ketika ini termasuk barangan keperluan asas.

“Kasihanilah penduduk kampung saya yang terpaksa tinggal di dalam reban ayam kerana mereka masih belum mendapat bantuan.

“Kami perlukan khemah serta beberapa barangan asas yang lain untuk meneruskan kehidupan selepas rumah kami musnah akibat gempa,” katanya.

Katanya, bantuan sudah disalurkan namun tidak mencukupi.

Jelas Masri, penduduk juga bimbang jika berlaku gempa susulan yang akan menyukarkan situasi mereka.

Lapor Tribunnews, sekurang-kurangnya 81 orang terkorban dan 28,000 penduduk hilang tempat tinggal susulan gempa bumi sekuat 6.2 skala Richter yang melanda Sulawesi Barat pada Khamis lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya