Lima beg mayat mengandungi cebisan daging mangsa - Utusan Malaysia

Lima beg mayat mengandungi cebisan daging mangsa

PASUKAN penyelamat menyerakan beg mayat yang mengandungi cebisan daging pebumpang dan serpihan bangkai pesawat Sriwijaya Air. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebanyak tiga beg mengandungi serpihan bangkai pesawat Sriwijaya Air dan lma beg cebisan daging mangsa tiba di Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat di Terminal Kontena Jakarta di Tanjung priok, di sini hari ini.

Lapor Kompas.com, serpihan badan pesawat akan diserahkan ke Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT), manakala beg yang mengandungi cebisan daging manusia diserahkan kepada polis.

“Kami sudah menerima beberapa barang bukti berupa serpihan bangkai pesawat dan cebisan daging manusia yang disyaki penumpang pesawat berkenaan,” kata Pengarah Operasi Basarnas, Rasman.

Dalam pada itu, pasukan forensik Hospital Polis Kramat Jati bekerjasama dengan Sriwijaya Air untuk mendapatkan data penumpang termasuk nombor kerusi yang mereka duduki dalam pesawat.

Setakat ini, pasukan forensik sudah menerima data dan laporan daripada 12 keluarga mangsa.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya