Lelaki tukar nama jadi Celine Dion - Utusan Malaysia

Lelaki tukar nama jadi Celine Dion

THOMAS Dodd kini mempunyai nama baharu, Celine Dion. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Akibat terlalu obses dengan penyanyi terkenal, Celine Dion, seorang lelaki sanggup menukarkan nama rasminya kepada nama penyanyi itu. 

Lapor Mirror, semuanya bermula apabila Thomas Dodd yang merupakan peminat fanatik Celine menjadi mabuk selepas menonton penyanyi itu di televisyen (tv) semasa sambutan Krismas. 

Dodd terkejut ketika menerima sepucuk surat memaklumkan namanya sudah ditukarkan kepada Celine Dion. 

Bagaimanapun, lelaki berusia 30 tahun yang merupakan seorang pengurus hospital di Staffordshire, tidak bercadang menukar namanya semula. 

Dia membayar sebanyak 89 pound (RM489) untuk mendaftarkan nama itu menjadi rasmi dan memperoleh lapan sijil tambahan sebagai bukti identiti baharunya. 

“Saya memang terlalu obses dengannya, saya tidak tipu. Semasa perintah berkurung, saya banyak menontonnya dalam konsert siaran langsung di tv. Saya hanya berfikir tentang Celine Dion dan mempunyai idea terbaik selepas menjadi mabuk. 

“Saya gembira kerana berita ini menghiburkan orang ramai. Saya masih belum memperkenalkan diri saya kepada jiran tetangga lagi,” katanya. 

 

 

 

  

 

  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya