WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) secara rasmi menyerahkan laporan pendakwaan terhadap Donald Trump kepada Dewan Senat semalam.
Bekas presiden itu didakwa menghasut sehingga menyebabkan rusuhan di bangunan Capitol pada awal bulan ini, sekali gus menjadi bekas pemimpin pertama AS yang bakal berdepan dengan pendakwaan dan perbicaraan.
Laporan pendakwaan itu diserahkan kepada setiausaha Senat dan perbicaraan Senat pertama Trump dijangka bermula pada 8 Februari 2021. – AFP