JAKARTA: Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air SJ182 ditemukan oleh pasukan penyelamat hari ini, kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan.
Lapor Kompas.com, kotak hitam itu ditemukan antara Pulau Laki dan Pulau Lancang di Kepulauan Seribu, jakarta.
Seterusnya, kotak hitam itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT) untuk diteliti.
Selain itu, perakam suara kokpit (CVR) masih belum ditemukan dan operasi pencarian diteruskan.
Proses pencarian kotak hitam itu mengambil tempoh tiga hari sejak pesawat tersebut terhempas sejak Sabtu lalu.
Ketika kejadian, pesawat itu membawa seramai 62 penumpang termasuk 12 anak kapal.