Korek terowong demi jumpa kekasih - Utusan Malaysia

Korek terowong demi jumpa kekasih

LUBANG yang dikorek lelaki itu menjadi tular dalam media sosial. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 MEXICO: Seorang lelaki yang sudah berkahwin ditangkap di rumah kekasihnya yang merupakan isteri orang selepas menggali lubang yang menghubungkan rumah mereka. 

Lapor Oddity Central, tukang batu dari Villas del Prado 1, Antonio mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, Pamela dari kawasan kejiranan Tijuana. 

Bagi mengelakkan orang ramai daripada melihat mereka saling berjumpa, lelaki itu mula mengorek terowong bawah tanah yang menghubungkan rumahnya ke rumah perempuan itu. 

Mexico terkenal dengan lubang rahsia bawah tanah yang  digunakan oleh kartel dadah untuk mengangkut barangan haram. 

Namun kini, lubang itu turut digunakan bagi menyembunyikan hubungan sulit percintaan. 

Antonio memanfaatkan pengalamannya dalam bidang pembinaan untuk menggali lubang yang melintasi beberapa jalan dari rumahnya hingga ke rumah kekasihnya. 

Setelah selesai menggali, mereka dapat bertemu secara rahsia setiap kali suami Pamela, Jorge pergi bekerja. 

Namun, tanpa diduga pada suatu hari Jorge pulang dari tempat kerja lebih awal daripada yang dijadualkan. 

Antonio lantas merangkak ke bawah katil dan terus menyelamatkan diri melalui terowong tersebut. 

Bagaimanapun, Jorge mula mengesyaki dan mencari lelaki itu di sekeliling rumah sehingga dia menjumpai laluan masuk terowong di bawah katilnya. 

Jorge akhirnya menjumpai Antonio dan memukul lelaki itu. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya