Korban gempa Sulawesi barat meningkat 60 orang - Utusan Malaysia

Korban gempa Sulawesi barat meningkat 60 orang

KEADAAN di luar sebuah hospital yang sesak dengan mangsa gempa bumi di bandar Mamuju, Sulawesi Barat, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAMUJU: Jumlah angka korban gempa bumi yang melanda Sulawesi Barat pada Jumaat lalu meningkat kepada 60 orang dengan ribuan penduduk hilang tempat tinggal.

Pasukan penyelamat ketika ini meneruskan operasi mencari serta menyelamat (SAR) berikutan masih banyak penduduk terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan rumah.

Pihak berkuasa menjangkakan jumlah korban akan terus meningkat memandangkan masih banyak mangsa terperangkap.

Hospital dan pusat beli-belah antara infrastruktur yang runtuh akibat gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter itu.

Selain itu, hospital di bandar ini juga semakin sesak dengan mangsa gempa yang ingin mendapatkan rawatan segera.

Kebanyakan mangsa yang dipindahkan ke pusat perlindungan sementara memaklumkan mereka kekurangan bekalan asas termasuk makanan, selimut dan ubat-ubatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya