JAKARTA: Kesemua 40 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di daerah Sumedang, Jawa Barat sudah ditemukan.
Lapor Kompas.com, dua mangsa terakhir ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi tanah runtuh pertama di kawasan Perumahan Pondok Daud semalam.
Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) Bandung, Deden Ridwansah berkata, dengan penemuan dua mangsa tersebut, operasi SAR secara rasmi dihentikan pada pukul 10.35 malam waktu tempatan.
“Sebanyak 40 mangsa kami temukan dalam operasi SAR yang berlangsung selama 10 hari,” katanya.
Beliau juga menyatakan pasukan SAR menerima banyk sokongan termasuk dari keluarga mangsa sehingga membolehkan mereka menemukan semua korban yang tertimbus.
Deden melahirkan harapan agar tiada lagi bencana serupa berlaku di Jawa Barat.