Kenapa 'burung besi' Indonesia sering terhempas? - Utusan Malaysia

Kenapa ‘burung besi’ Indonesia sering terhempas?

PASUKAN penyelamat meneliti bahagian tayar pesawat Lion Air yang terhempas di Tanjung Karawang pada Oktober 2018. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Tragedi pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di Kepulauan Seribu pada Sabtu lalu mengimbau semula memori pahit tentang nahas industri penerbangan di Indonesia.

‘Burung besi’ yang terhempas di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang itu dikhuatiri mengorbankan kesemua 62 penumpangnya yang terdiri dari 12 anak kapal dan 50 penumpang.

Sebelum itu, nahas besar juga menimpa pesawat Lion Air dengan nombor penerbangan JT610 yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Pangkal Pinang pada 29 Oktober 2018.

Lapor Bloomberg dalam artikel bertajuk ‘Jet Crash Adds to Long List of Aviation Disasters in Indonesia’, terdapat dua faktor utama yang menyebabkan pesawat sering terhempas di negara ini.

 

Faktor cuaca buruk

Indonesia merupakan sebuah negara kepulauan paling besar di dunia dengan jumlah pulau yang boleh menyamai jarak dari London ke New York.

Selain itu, Indonesia juga merekodkan fenomena kilat dan sambaran petir paling tinggi di Asia Tenggara.

Lapor Bloomberg, bandar Bogor pernah mengalami ribut petir selama 322 hari dalam tempoh setahun pada 1988.

“Indonesia juga ‘kaya’ dengan gunung berapi yang masih aktif dan menghamburkan debu panas ke udara, sekali gus boleh menjejaskan enjin pesawat.

“Sebagai contoh, letusan Gunung Agung di Bali pada 2019 menyebabkan sejumlah penerbangan dilencongkan serta dibatalkan,” menurut laporan tersebut.

Dalam kes Sriwijaya Air, pesawat itu juga ditangguhkan jadual penerbangannya selama sejam sebelum berlepas pada hari kejadian susulan hujan lebat.

 

Faktor komunikasi

Komunikasi menjadi faktor utama kedua mengapa pesawat Indonesia sering terhempas.

Contohnya, tragedi yang menimpa pesawat AirAsia pada Disember 2014 yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat itu gagal menangani halangan sistem ‘auto-pilot’ sehingga menyebabkan kapal terbang berkenaan terhempas di lautan.

 

Gabungan faktor

Selain itu, agensi berita AP pula menyebut terdapat beberapa faktor lain yang mendorong nahas penerbangan di negara ini termasuk kombinasi faktor ekonomi, sosial dan geografi.

Kemunculan syarikat penerbangan tambang murah bak cendawan tumbuh selepas hujan di Indonesia menjadi antara faktornya.

Hal ini kerana, masih banyak wilayah di negara ini yang tidak memiliki infrastruktur penerbangan yang mencapai standard.

“Industri ini mempunyai pengawasan yang tidak menyeluruh ketika industri penerbangan tambang murah mula berkembang di Indonesia,” jelas laporan AP.

Sejak 1945, terdapat 104 nahas udara sivil di Indonesia dan merekodkan 2,301 kematian iaitu terbanyak di Asia dan pada kedudukan kelapan di dunia.

Namun, AP menegaskan bahawa industri penerbangan di Indonesia ketika ini sudah semakin baik.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA)  mengkategorikan keselamatan industri penerbangan Indonesia sebagai kategori satu pada 2016 yang menunjukkan negara ini mematuhi piawaian keselamatan organisasi penerbangan sivil antarabangsa.

 

Kesan pandemik Covid-19

Channel News Asia dan New York Times pula mengaitkan pandemik Covid-19 sebagai antara faktor industri penerbangan Indonesia tidak mencapai standard keselamatan antarabangsa.

Lebih separuh pesawat milik syarikat itu ‘direhatkan’ dari penerbangan kerana faktor keselamatan, selain kerjasama penerbangan antara Sriwijaya Air  dan Garuda Indonesia sudah berakhir pada 2019.

New York Times melaporkan kebanyakan anak kapal dan juruterbang syarikat penerbangan tambang murah termasuk Sriwijaya Air tidak puas hati kerana gaji mereka dipotong dengan jumlah terbang bulanan rendah sepanjang pandemik. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya