Kamala Harris nadi utama AS - Utusan Malaysia

Kamala Harris nadi utama AS

KAMALA HARRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kamala Harris, 56, menjadi wanita, individu berketurunan Asia serta rakyat kulit hitam pertama yang dilantik sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46. 

Sebagai rakan sepasukan kepada Presiden AS baharu, Joe Biden, beliau berjaya menamatkan pemerintahan Donald Trump yang penuh bergolak, pengurusan pandemik Covid-19 yang gagal, rusuhan kaum disebabkan ketidakadilan tahun lalu serta tindakan keras terhadap pendatang.  

Kamala yang lahir pada 20 Oktober 1964 di Oakland, California merupakan penduduk kulit hitam pertama yang dilantik sebagai Peguam Negara di California dan wanita pertama berketurunan Asia Selatan yang dipilih dalam Senat AS. 

“Lembaran baharu bermula hari ini. Jom kita bekerja,” ciapnya dalam Twitter. 

Sebagai naib presiden, Kamala merupakan nadi utama yang memimpin AS serta memainkan peranan penting sebagai penentu keputusan utama di Senat AS dengan Biden, 78, yang dijangka hanya memerintah selama sepenggal. 

Kamala akan menjadi pilihan bagi memenangi pencalonan Parti Demokrat pada 2024 sekali gus memberi peluang kepada beliau mencipta sejarah menjadi wanita pertama AS yang dilantik sebagai presiden kelak. 

Beliau malah pernah memberikan ucapan pada 7 November lalu, selepas gandingannya bersama Biden diumumkan sebagai pemenang dalam Pilihan Raya Presiden AS 2020 menewaskan Trump dan Mike Pence.  

“Saya akan menjadi wanita pertama di pejabat ini dan tidak akan menjadi individu yang terakhir,” katanya. 

Beliau dan Biden malah berjanji akan membawa Amerika ke arah ‘jalan baharu’ dan ‘membawa rakyat Amerika bersatu semula’. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya