Kad besbol dilelong RM21 juta - Utusan Malaysia

Kad besbol dilelong RM21 juta

AKTOR Rob Gough membeli kad besbol yang menampilkan Mickey Mantle pada harga AS$5.2 juta (RM21 juta). - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sekeping kad besbol tahun 1952 dijual pada harga AS$5.2 juta (RM21 juta) dalam satu acara lelong di PWCC Marketplace semalam.

Penjualan itu menjadikan kad besbol yang menampilkan pemain lagenda New York Yankees, Mickey Mantle itu paling mahal dijual dalam sejarah.

Kad besbol itu dibeli oleh aktor dan usahawan, Rob Gough.

Pada Ogos lalu, satu lagi kad besbol yang memaparkan pemain Los Angeles Angels, Mike Trout dijual pada harga AS$3.93 juta (RM16 juta).

Pengarah Pemasaran PWCC Marketplace, Chris Callahan berkata, ‘industri penjualan kad besbol’ ketika ini semakin rancak.

Katanya, harga purata bagi sekeping kad meningkat ‘dua hingga tiga kali ganda’ dalam tempoh beberapa tahun lalu.

“Bukan hanya besbol, kad yang menampilkan pemain bola keranjang juga semakin mendapat tempat ketika ini,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya