Jururawat positif Covid-19 selepas terima vaksin Pfizer - Utusan Malaysia

Jururawat positif Covid-19 selepas terima vaksin Pfizer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang jururawat di California dikesan positif jangkitan Covid-19 selepas lebih seminggu  menerima suntikan vaksin keluaran Pfizer, lapor ABC News.

Namun, seorang pakar berkata, tubuh badan manusia memerlukan lebih banyak masa untuk membina perlindungan. 

Syarikat farmaseutikal, Pfizer memaklumkan pihaknya akan meneliti semua maklumat berkaitan dengan kes dan laporan mengenai diagnosis yang disahkan selepas proses vaksinasi.  

“Berdasarkan kajian keselamatan dan keberkesanan fasa ketiga, vaksin tersebut memberikan perlindungan terhadap Covid-19 dalam tempoh kira-kira 10 hari selepas dos pertama diberikan dan meningkat secara substansial setelah dos kedua, menyokong keperluan dua dos vaksinasi. 

“Beberapa individu mungkin dijangkiti penyakit sebelum atau selepas proses vaksinasi tersebut,” jelas syarikat dalam satu kenyataan kepada Reuters.

Menurut laporan ABC News, Matthew W, 45, jururawat yang bertugas di dua hospital menerusi akaun Facebook pada 18 Disember lalu memuat naik status mendakwa dia telah menerima suntikan vaksin Pfizer sehingga menyebabkan lengannya sakit selama sehari namun tidak mengalami kesan sampingan lain. 

Jelas laporan itu, enam hari kemudian iaitu pada 24 Disember lalu, dia jatuh sakit selepas bekerja di unit pesakit Covid-19.

Dilaporkan, Matthew menggigil dan kemudian mengalami sakit otot serta keletihan.

Tambah laporan itu, dia kemudian melakukan ujian saringan di sebuah hospital dan dikesan positif Covid-19 sehari selepas Krismas.  

Dalam pada itu, pakar penyakit berjangkit di Pusat Kesihatan Keluarga di San Diego, Dr. Christian Ramers berkata, senario yang berlaku itu tidak dijangka. 

“Kami tahu daripada hasil ujian klinikal vaksin bahawa ia akan mengambil masa kira-kira 10 hingga 14 hari untuk seseorang individu mula membangunkan perlindungan dari vaksin.  

“Kami merasakan dos pertama akan memberi sekitar 50 peratus dan memerlukan dos kedua untuk mendapat hingga 95 peratus,” katanya. – REUTERS/ AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya