JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengucapkan melahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di perairan Pulau Laki, semalam.
Lapor Kompas.com, Jokowi mengarahakan Kementerian Perhubungan dan Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) serta dibantu polis dan tentera untuk segera melakukan operasi SAR.
“Sebagai pemerintah, saya zahirkan rasa sedih dan ucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa.
“Kita akan lakukan yang terbaik untuk mencari serta menyelamatkan semua mangsa,” katanya.
Selain itu, Jokowi juga mengarahkan supaya Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT) untuk menyiasat bahas tersebut.
Terdahulu, pesawat Sriwijaya Air yang membawa seramai 62 penumpang termasuk 12 anak kapal dilaporkan terputus hubungan beberapa minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di sini.
Pesawat itu dalam perjalanan dari Jakarta ke Pontianak, Kalimantan Barat.