'Jangan berhenti selamatkan kami' - Utusan Malaysia

‘Jangan berhenti selamatkan kami’

ANGGOTA penyelamat melakukan operasi mencari serta menyelamat di lokasi letupan lombong emas di Bandar Qixia, di timur wilayah Shandong. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pelombong yang terperangkap di bawah tanah di timur China sejak lebih seminggu lalu akibat letupan di sebuah lombong emas berjaya menghantar satu nota kepada pasukan penyelamat.

Letupan yang berlaku berhampiran bandar Qixia di timur wilayah Shandong itu menyebabkan 22 pelombong terperangkap bawah tanah pada kedalaman lebih 600 meter dari pintu masuk lombong. 

Menurut kerajaan tempatan menerusi kenyataan, nota yang diterima pasukan penyelamat itu memaklumkan hanya 12 pelombong masih hidup.  

“Kami amat memerlukan ubat selsema, tahan sakit, pita perubatan, ubat anti radang luaran dan tiga orang mengalami tekanan darah tinggi,” jelas nota itu. 

Pelombong yang menulis nota itu juga menyatakan empat orang cedera, selain memberi amaran terdapat sejumlah air bawah tanah di kawasan mereka terperangkap. 

“Kami berharap anggota penyelamat tidak akan berhenti mencari serta menyelamatkan kami kerana kami masih lagi menaruh harapan tinggi untuk keluar dengan selamat, terima kasih,” menurut nota itu.

Keadaan 10 pelombong lain masih lagi tidak diketahui.

Rakaman stesen penyiaran China menunjukkan anggota penyelamat menurunkan bungkusan makanan kepada pelombong menggunakan wayar besi, kemudian menarik semula dan mendapati satu nota dilampirkan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya