JAKARTA: Setelah lebih 24 jam nahas pesawat Sriwijaya Air berlaku, isteri juruterbang, Kapten Afwan dilaporkan masih terkejut dan mengurung dirinya di dalam bilik.
Lapor Tribunnews, isteri Afwan tidak mahu berjumpa dengan mana-mana pihak kecuali rakan serta ahli keluarga terdekat selepas berita mengenai nasib suaminya masih belum diketahui sehingga kini.
Adik kandung Afwan, Buyung Ismiaufa ketika ditemui di kediaman keluarga tersebut di Bogor memberitahu kakak iparnya masih terkejut dan murung dengan berita nahas terbabit.
“Saya sendiri masih belum berjumpa dengan kakak ipar saya tapi saya faham dalam keadaan begini, adalah lebih baik untuk bertenang dan muhasabah diri.
“Saya juga terasa seperti mahu pengsan ketika menerima berita mengenai nahas tersebut,” katanya.
Afwan bersama isterinya, Pipit Rahmawati mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan mereka.