Israel halang baik pulih Kubah Batu - Utusan Malaysia

Israel halang baik pulih Kubah Batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN: Polis Israel mengarahkan pekerja di Wakaf Islam Baitulmuqaddis menghentikan kerja-kerja pengubahsuaian Kubah Batu (Dome of the Rock) selama dua hari hingga mengakibatkan ketegangan berlaku di bandar itu. 

Arab News melaporkan, Pengarah Bahagian Wakaf Jordan di Baitulmuqaddis, Azzam Khatib sudah memaklumkan perkara itu kepada Duta Jordan di Tel Aviv, Ghassan Majlai dan Menteri Waqaf di Amman, Mohammed Khalaileh. 

Israel mendakwa keputusan dibuat selepas seorang individu cuba membaik pulih siling Masjid Bab Al-Rahmeh yang juga terletak di dalam kawasan Masjid al-Aqsa serta mengarahkan orang Islam untuk mengosongkan tempat itu tanpa sebab. 

Dewan Wakaf Baitulmuqaddis dijangka mengeluarkan kenyataan bagi mengutuk tindakan Israel yang melanggar pemahaman mengenai tempat itu.  

Jurutera yang terlibat dalam kerja-kerja membaik pulih Kubah Batu, Bassam Hallaq memberitahu, selain menghalang premis tersebut dibaiki, polis Israel juga menutup bekalan elektrik di seluruh bangunan masjid.

Israel turut menggesa sebarang kerja pengubahsuaian atau pembaikan mesti mendapat kelulusan awal terlebih dahulu, malah mendakwa kononnya kerja yang dilakukan ketika ini tidak mendapat kebenaran. 

Pengarah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Omar Kisswani berkata, kerja pembaikan di kawasan Masjid al-Aqsa merupakan hak orang Islam dan Israel tidak mempunyai sebarang kuasa untuk masuk campur.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya