Indonesia tetapkan vaksin Sinovac halal - Utusan Malaysia

Indonesia tetapkan vaksin Sinovac halal

BPOM setuju untuk mengeluarkan EUA sekiranya vaksin Sinovac menepati tahap piawaian yang ditetapkan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia menetapkan vaksin Covid-19 keluaran Sinovac Biotech adalah halal dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam Islam.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengumumkan perkara itu hari ini, iaitu beberapa hari sebelum negara ini dijadualkan melaksanakan program vaksinasinya menggunakan vaksin keluaran Sinovac yang diberi nama CoronaVac.

Indonesia ketika ini mempunyai tiga juta dos vaksin CoronaVac dan merancang untuk memulakan program vaksinasi pada Rabu minggu depan.

Presiden Joko Widodo (Jokowi) dijangka menjadi individu pertama yang akan menerima suntikan vaksin tersebut.

Jurucakap MUI, Asrorun Niam Sholeh berkata, vaksin CoronaVac adalah suci dan halal biarpun belum mendapat kelulusan daripada Badan Pemantau Ubatan dan Makanan (BPOM).

“Pengumuman ini dijangka dapat beri kelegaan kepada penduduk beragama Islam mengenai status halal vaksin Covid-19 yang akan digunakan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya