JAKARTA: Kerajaan Indonesia bercadang untuk memulakan program vaksinasi Covid-19 pada Rabu ini.
Lapor Kompas.com, Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berkata, Presiden Joko Widodo (Jokowi) akan menjadi individu pertama yang menerima suntkan vaksin Covid-19 keluaran Sinovac.
“Insya Allah, jika tiada yang menghalang, kita akan mulakan program vaksinasi pada Rabu ini dengan dimulai oleh presiden.
“Keputusan itu dibuat selepas Badan Pengawasan Ubatan dan Makanan (BPOM) akan mengeluarkan kelulusan untuk membenarkan penggunaan kecemasan vaksin tersebut,” katanya.
Terdahulu, Majlis Ulama Indonesia (MUI) menegaskan bahawa vaksin keluaran Sinovac adalah halal dan mengikut spesifikasi agama Islam.