JAKARTA: Ahli arkeologi menemui sebuah lukisan babi liar yang dilukis di dinding gua sekurang-kurangnya pada 45,500 tahun lalu di negara ini, sekali gus merekodkan penemuan tertua di dunia.
Penemuan itu dinyatakan dalam jurnal Science Advances on Wednesday yang membekalkan bukti terawal penempatan manusia di wilayah itu.
Penulis bersama, Maxime Aubert dari Universiti Griffith Australia memberitahu AFP mengenai penemuan itu di kepulauan Sulawesi pada 2017 oleh pelajar kedoktoran, Basran Burhan sebagai sebahagian daripada tinjauan pasukan itu yang dijalankan bersama pihak berkuasa Indonesia.
Gua Leang Tedongnge terletak di lembah terpencil yang dikelilingi oleh tebing batu kapur.
Laluan itu hanya boleh diakses semasa cuaca kering kerana banjir melanda kawasan itu sewaktu musim hujan.
Lukisan babi itu mempunyai ukuran sepanjang 54 sentimeter(cm) yang dilukis menggunakan pigmen merah gelap dan mempunyai rambut pendek serta wajah seperti tanduk yang menjadi ciri khas bagi spesies jantan dewasa. – AGENSI