JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) melahirkan harapan agar Indonesia menjadi pusat rujukan ekonomi syariah global termasuk pengelolaan wakaf.
Kata Jokowi, potensi wakaf di negara ini sangat besar termasuk wakaf wang.
“Potensi aset wakaf per tahun mencecah beribu-ribu trilion rupiah dan potensi wakaf wang boleh menembusi ratusan trilion rupiah.
“Sehubungan itu, wakaf tidak hanya tertumpu pada tujuan ibadah, tetapi juga boleh dikembangkan dalam sektor sosial dan ekonomi,” katanya.
Lapor Kompas.com, Jokowi berkata demikian ketika melancarkan Gerakan Nasional Wakaf Wang dan Ekonomi Syariah di sini semalam.
Selain itu, Jokowi menyatakan bahawa wakaf boleh memberi kesan signifikan dalam usaha pengurangan kadar kemiskinan di negara ini dan permasalahan sosial masyarakat.
Jelas beliau, sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk beragama Islam terbesar di dunia, Jokowi berharap Indonesia dapat memberi contoh pengelolaan wakaf yang telus, profesional dan boleh dipercayai.
Sementara itu, Jokowi turut memandang serius usaha untuk mengembangkan ekonomi syariah di negara ini.