NEW DELHI: India akan menghasilkan lebih banyak vaksin Covid-19 untuk dibekalkan kepada beberapa negara.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi semalam ketika beliau memuji usaha negara ini untuk mencegah pandemik Covid-19.
India sebelum ini mengeksport bekalan vaksin Covid-19 keluarannya ke Brazil dan Maghribi dan dijangka meluaskan senarai eskportnya ke Arab saudi, Afrika Selatan, kanada, Mongolia dan beberapa negara Afrika yang lain.
“Dengan menghantar bekalan vaksin ke beberapa negara, secara tidak langsung banyak nyawa dapat diselamatkan.
“Pada masa hadapan, kita akan menghasilkan lebih banyak vaksin dan membantu negara lain mencegah penularan Covid-19,” kata Modi.
Sehingga kini, India merekodkan sebanyak 10.7 juta kes dengan 154,000 kematian.
Namun, Setiausaha Dalam Negeri India, Ajay Kumar Bhalla berkata, jumlah kes aktif di negara ini sudah semakin menurun secara stabil sejak empat bulan lalu. – AFP