India haramkan operasi madrasah - Utusan Malaysia

India haramkan operasi madrasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDIA: Negeri Assam di India yang diperintah oleh Parti Nasionalis Hindu, Narendra Modi meluluskan undang-undang bagi mengubah sekolah-sekolah Islam yang dikendalikan oleh negeri itu menjadi sekolah biasa atas alasan tidak mencapai tahap pendidikan yang dinginkan. 

The Guardian melaporkan, ahli politik pembangkang mengkritik tindakan yang mencerminkan sikap antiMuslim di negara majoriti penganut Hindu tersebut. 

Menteri Pendidikan, Himanta Boswa Sarma memaklumkan lebih 700 sekolah yang dikenali sebagai madrasah di Assam akan ditutup pada April depan. 

“Kita perlukan lebih ramai doktor, pegawai polis dan guru daripada komuniti minoriti Muslim dan bukan imam masjid,” katanya. 

Menurutnya, kerajaan akan menukar status sekolah tersebut kepada sekolah biasa kerana pendidikan yang disediakan di madrasah tidak menyeluruh serta membekalkan pelajarnya dengan keperluan dunia. 

Ahli politik pembangkang, Wajed Ali Choudhury menyelar tindakan itu dan menegaskan ia merupakan serangan terhadap penganut Islam. 

“Idea itu hanyalah untuk menghapuskan orang Islam,” ujarnya. 

Lebih 100 pesara penjawat awam dan diplomat pada Selasa menggesa Kerajaan BJP di negeri terbesar di India, Uttar Pradesh untuk memansuhkan undang-undang baharu yang mengklasifikasikan penukaran agama secara paksa dalam kalangan pengantin sebagai jenayah, yang menyasarkan penganut Islam. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya