Ikan paus terjerat dua minggu - Utusan Malaysia

Ikan paus terjerat dua minggu

IKAN paus minke terperangkap dalam jaring di Taiji,Jepun. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEPUN: Aktivis hak asasi haiwan menuntut penjelasan segara mengenai ikan paus minke yang terperangkap selama lebih dua minggu dalam jaring di Taiji.

Lapor The Guardian, Taiji merupakan bandar di pantai Pasifik yang terkenal dengan pembunuhan ikan lumba-lumba.

Media di Jepun melaporkan usaha dilakukan untuk membebaskan ikan paus sepanjang empat ke lima meter itu, tetapi nelayan mengeluh kerana saiznya dan ombak besar menambahkan kesukaran untuk membawanya ke kawasan air yang terbuka.

Seorang aktivis haiwan, Ren Yabuki yang merakamkan ikan paus dengan dron setiap hari sejak terperangkap semasa Krismas lalu berkata, nelayan hanya melakukan sekali percubaan untuk membebaskan haiwan itu.

“Sangat sukar untuk memastikan ikan paus itu keluar dari jaring dan mereka tidak mahu membuka jaring itu kerana boleh mengganggu dan menyebabkan sebilangan besar ikan melarikan diri, jadi saya rasa mereka akan membunuhnya,” katanya.

Ren yang merupakan pengarah kempen bagi Agensi Penyiasatan Kehidupan turut menzahirkan kebimbangan sekiranya ikan paus itu dibunuh, golongan nelayan boleh menjual dagingnya selepas mengambil sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Membunuh haiwan itu boleh menjadi penyelesaian terburuk, jadi satu-satunya pilihan lain adalah menarik jaring dan menghantar penyelam ke laut untuk membunuhnya dengan tombak,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya