JAKARTA: Suami pramugari Sriwijaya Air, Aldha Refa menjadi korban pertama yang dikenal pasti identiti selepas pasukan penyelamat menemukan bahagian tubuh manusia di lokasi nahas.
Lapor Tribunnews, mangsa, Okky Bisma, 29, yang juga merupakan pramugara Sriwijaya Air dikenal pasti menerusi bahagian tangan kanannya yang ditemukan.
Ketua Biro Penerangan Masyarakat Jabatan Hal Ehwal Masyarakat Polis, Rusdi Hortono berkata, identiti mangsa dapat dikenal pasti berdasarkan tangan korban yang lengkap dengan jari dan cap jarinya masih boleh dikesan.
“Hasil penelitian dan pemeriksaan, tangan tersebut milik Okky Bisma,” katanya.