Hubungan China, Taiwan makin `panas' - Utusan Malaysia

Hubungan China, Taiwan makin `panas’

JET pejuang F-16 milik Taiwan (bawah) terbang berhampiran pesawat pengebom China, H-6. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Hubungan antara China dan Taiwan tegang selepas 15 lagi pesawat China memasuki ruang udara negara ini semalam.

Kelmarin, beberapa pesawat tentera udara China termasuk 12 jet pejuang didakwa sudah pun memasuki zon pengenalan pertahanan udara negara ini.

Kementerian Pertahanan Taiwan berkata, China telah menghantar sebanyak enam jet pejuang J-10, empat pesawat J-16s, dua pesawat SU-30s, sebuah pesawat peninjau Y-8 dan dua buah anti-kapal selam jenis Y-8.

Tambah kementerian itu, pesawat tentera udara Taiwan juga telah dihantar untuk bertindak balas.

“Operasi penghantaran di udara sudah ditugaskan, amaran radio dikeluarkan dan sistem peluru berpandu pertahanan udara juga dikerahkan untuk memantau aktiviti tersebut,” jelas kementerian itu.

China sebelum ini memberitahu tindakan sedemikian bertujuan mempertahankan kedaulatan negaranya dan dirancang sebagai amaran terhadap `hubungan rapat’ antara Amerika Syarikat (AS) dan Taiwan.    

Semalam, tentera AS memaklumkan, sebuah kapal pengangkut pesawat, USS Theodore Roosevelt memasuki Laut China Selatan yang bertujuan memastikan kebebasan di perairan dan mengukuhkan kerjasama dalam keselamatan maritim. 

Jabatan Negara AS memaklumkan pihaknya sedar dan bimbang mengenai usaha berterusan (China) untuk menakut-nakutkan negara jirannya termasuk Taiwan.

“Kami mendesak Beijing untuk menghentikan tekanan ketenteraan, diplomatik dan ekonominya terhadap Taiwan dan sebaliknya perlu melakukan perbincangan dengan wakil rakyat yang dipilih secara demokratik,” kata jurucakap Ned Price dalam satu kenyataan. 

Jelas kenyataan itu, AS akan terus memperkukuhkan lagi hubungan dengan Taiwan dan melindungi negara itu dari ancaman China sambil menyokong penyelesaian masalah secara aman antara kedua-dua pihak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya