Hasilkan gaun guna 4,000 pembalut plastik makanan - Utusan Malaysia

Hasilkan gaun guna 4,000 pembalut plastik makanan

REKAAN gaun yang dihasilkan KYo menggunakan 4,000 keping pembalut plastik makanan. - TWITTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang pelajar berjaya menghasilkan rekaan gaun luar biasa dengan hanya menggunakan pembalut plastik makanan, lapor Oddity Central. 

Fesyen gaun yang dihasilkan oleh pelajar berbakat itu digelar sebagai Mantua yang berkait rapat dengan zaman Eropah abad ke-17 dan ke-18 dan merupakan seni rekaan pakaian paling terperinci dalam sejarah manusia. 

Gambar rekaan yang dimuat naik oleh Kyo dalam akaun Twitternya, @nokyo memaparkan gaun tersebut dihasilkan dengan menggunakan sebanyak 4,000 keping pembalut makanan berwarna oren.

Hantaran itu menjadi tular sejak dimuat naik pada 18 Januari lalu dan disiarkan dalam portal budaya pop dalam talian Jepun, Kai-You sebelum disiarkan oleh portal Yahoo dan Livedoor.  

Kyo menggunakan 150 beg mengandungi pembalut plastik itu tanpa menggunakan pita pelekat untuk menyambungkan semua pembalut itu. Sebaliknya, dia hanya menggunakan pemanas haba. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya