NEW YORK: Seorang guru sekolah rendah di bandar ini, Chris Gollmar, menyediakan satu talian bebas bagi orang ramai menjerit sepuas hati untuk melepaskan geram.
Lelaki itu membangunkan sistem pesanan suara dan laman web, Just Scream bagi membolehkan orang ramai membuat panggilan, menunggu bunyi bip, kemudian menjerit sekuat hati dan meletakkan gagang telefon.
“Saya rasa mungkin kita cenderung untuk menghubungi rakan dan keluarga apabila ingin melepaskan geram, tetapi, kita sudah mempunyai 120,000 jeritan sekarang,” katanya.
Dia malah mendengar kesemua panggilan sebelum menyiarkan rakaman panggilan tersebut.
“Kebanyakan pemanggil akan membuat panggilan dan menjerit selama dua ke tiga saat,” ujar Gollmar.
Lelaki itu turut mempunyai rakaman pemanggil yang menyuruh bayinya menjerit.
Gollmar malah memberitahu, sebagai seorang guru, dia cuba memahami dan meletakkan situasi sebagai seorang bapa dan anak semasa musim pandemik Covid-19 melanda.
“Tidak mengejutkan apabila ratusan ribu pemanggil menghubungi talian itu dan merekodkan jeritan mereka,” jelasnyanya. – AGENSI