JAKARTA: Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban dan sejumlah bangunan rosak teruk selepas gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter melanda Sulawesi Barat, hari ini.
Lapor CNN Indonesia, pihak berkuasa tempatan melaporkan seramai 24 penduduk cedera dalam insiden tersebut.
Seramai 2,000 penduduk berpindah ke pusat perlindungan sementara, selain bekalan elektrik terputus selepas gempa melanda.
Antara infrastruktur yang runtuh dan rosak teruk termasuk hotel dan pejabat Gabenor Sulawesi Barat.