EU luluskan vaksin Oxford-AstraZeneca - Utusan Malaysia

EU luluskan vaksin Oxford-AstraZeneca

EU meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 keluaran Oxford-AsrtraZeneca untuk semua penduduk berusia 18 tahun ke atas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Kesatuan Eropah (EU) meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 keluaran Oxford-AstraZeneca untuk semua penduduk yang berusia 18 tahun ke atas.

Pada masa yang sama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada semua begara kaya agar tidak megumpul vaksin kerana tindakan itu hanya akan memburukkan lagi pandemik yang berlaku ketika ini.

Koronavirus setakat ini sudah meragut kira-kira 2.2 juta nyawa di seluruh dunia dan semakin banyak pihak yang terdesak untuk mendapatkan bekalan vaksin.

Vaksin Oxford-AstraZeneca menjadi vaksin ketiga yang mendapat kelulusan EU selepas vaksin keluaran Pfizer dan Moderna.

Namun, pertikaian berlaku antara EU dengan United Kingdom (UK) berhubung bekalan vaksin yang akan diagihkan oleh semua syarikat pengeluar tersebut.

“Saya menjangkakan syarikat (AstraZeneca) mampu menghantar 400 juta dos vaksin yang sudah dipersetujui sebelum ini,” ciap Ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen ketika beliau mengumumkan kelulusan tersebut.

Dalam pada itu, Oxford dan AstraZeneca memberi jaminan bahawa pihaknya dapat menyediakan bekalan vaksin yang mencukupi untuk EU dan UK.

Sementara itu, Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran menentang tindakan mana-mana negara yang ‘mengumpul vaksin demi kepentingan sendiri’.

Katanya, pengagihan vaksin seharusnya menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada negara maju dan kaya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya