EU kritik tindakan lewat AstraZeneca, Pfizer - Utusan Malaysia

EU kritik tindakan lewat AstraZeneca, Pfizer

ASTRAZENECA mempertahankan tindakan mereka selepas situasi tegang timbul berhubung kelewatan pembekalan vaksin Covid-19. -AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kesatuan Eropah mengecam pembuat vaksin AstraZeneca (AZN) dan Pfizer (PFE) berhubung kelewatan penghantaran yang menyebabkan proses penyembuhan daripada wabak Covid-19 menjadi lambat, lapor CNN. 

Menurut kenyataan rasmi EU, AZN tidak dapat menghantar dos vaksin seperti dijanjikan sekali gus menyebabkan pelan rancangan pelancaran dan pemulihan ekonomi negara berada dalam risiko. 

Berita itu timbul selepas Pfizer memaklumkan pihaknya hanya dapat menghantar dos dalam jumlah sedikit berbanding yang dijangkakan minggu lalu. 

Pesuruhjaya Kesihatan EU, Stella Kyriakides pada Isnin menyatakan ketidakpuasan hati terhadap AZN. 

Katanya, syarikat itu berniat membekalkan dos yang lebih sedikit dalam minggu akan datang berbanding yang sudah dipersetujui dan diumumkan. 

Dalam pada itu, BBC melaporkan, Ketua AstraZeneca, Pascal Soriot mempertahankan pelancaran vaksin Covid-19 tersebut ketika keadaan menjadi tegang berhubung kelewatan pembekalan. 

Soriot memberitahu akhbar Itali, La Republica, pasukannya bekerja selama 24 jam sehari untuk menyelesaikan banyak isu dan permasalahan mengenai penghasilan vaksin. 

Jelas beliau, penghasilan vaksin kebiasaannya mengalami kelewatan selama dua bulan daripada tarikh yang diinginkan. 

Malah beliau menjelaskan, EU lambat membuat keputusan untuk menandatangani kontrak yang menyebabkan kesuntukan masa untuk menyelesaikan masalah pembekalan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya