Enam maut terhidu gas nitrogen di Georgia - Utusan Malaysia

Enam maut terhidu gas nitrogen di Georgia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGIA: Sekurang-kurangnya enam orang maut akibat terhidu gas nitrogen di sebuah loji pemprosesan makanan di sini semalam.

Lapor BBC, seramai 12 orang dimasukkan ke hospital susulan kebocoran gas nitrogen di loji Kumpulan Yayasan Makanan di bandar Gainesville.

Beberapa anggota bomba yang dikerah ke lokasi kejadian turut menerima rawatan akibat terhidu gas berkenaan.

Georgia merupakan industri pemprosesan makanan utama dan dianggarkan ribuan orang bekerja di loji makanan tersebut.

Bagaimanapun, punca kebocoran gas tersebut masih belum dikenal pasti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya