JAKARTA: Seorang wanita yang menjadi mangsa kerakusan bapa kandungnya sendiri di daerah Sukahening, Tasikmalaya, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak sebelum ini.
Lapor Tribunnews, mangsa dinoda bapanya sendiri selepas ditinggalkan suaminya pada Mei tahun lalu.
Dalam bulan yang sama, ibu kandung mangsa pula meninggal dunia.
Menurut penduduk kampung, Ajat, suspek melakukan perbuatan terkutuk itu sejak Mei tahun lalu.
“Dia mula berhenti pada Januari selepas perbuatannya menjadi buah mulut orang kampung,” katanya.
Ajat berkata, suspek mengancam akan mencekik mangsa sekiranya dia menjerit ketika melampiaskan nafsu serakahnya.
Polis Cisayong menyerahkan penyiasatan kes selanjutnya ke Unit Perlindungan Perempuan dan Anak, Jabatan Siasatan Jenayah Polis Indonesia.