Dihukum penjara seumur hidup kerana terima rasuah - Utusan Malaysia

Dihukum penjara seumur hidup kerana terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang bekas pengawai kanan sebuah bank hari ini dihukum penjara seumur hidup selepas mengakui menerima rasuah bernilai AS$13.2 juta (RM53.3 juta).

Hu Huaibang yang merupakan bekas setiausaha parti dan pengerusi Bank Pembangunan China mengaku bersalah pada Julai lalu kerana menggunakan kedudukannya untuk menerima rasuah berupa duit dan barangan bernilai AS$13.2 juta antara 2009 dan 2019.

Hukuman itu diputuskan oleh sebuah mahkamah di bandar Chengde, di utara China.

Penganalisis berpendapat, kes yang menimpa Huaibang menunjukkan kerajaan China di bawah pimpinan Presiden Xi Jinping tidak akan memberi muka kepada mana-mana pesalah rasuah.

Beberapa hari terdahulu, pihak berkuasa China menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lagi pegawai kanan bank, Lai Xiaomin atas kesalahan rasuah dan menggelapkan wang berjumlah AS$260 juta (RM1.04 bilion). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya