Diarah keluar pesawat, enggan pakai pelitup muka - Utusan Malaysia

Diarah keluar pesawat, enggan pakai pelitup muka

DUA penumpang wanita yang tidak mahu memakai pelitup muka, enggan turun daripada pesawat. - TIKTOK/ALEX BARKLEY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang wanita menjerit kata-kata kesat, terpaksa diarahkan keluar dari kapal terbang selepas dia dan rakannya enggan memakai pelitup muka.

Lapor Daily Mail, video insiden itu yang dikongsi oleh salah seorang penumpang bernama Alex Barkley di laman TikTok menunjukkan kedua-dua wanita dalam penerbangan Frontier Airlines dari Seattle ke Denver pada bulan lalu.

Juruterbang itu kemudian menerusi interkom meminta semua penumpang meninggalkan pesawat selepas kedua-dua wanita enggan berbuat demikian.

Ketika penumpang keluar dari pesawat, kedengaran  wanita bertopi merah mengeluarkan kata-kata kesat.

Polis akhirnya tiba membawa wanita itu sambil diiringi  tepukan dan sorakan beberapa individu di sekelilinginya. 

Dalam video yang dirakam beberapa baris dari belakang wanita itu menunjukkan berlaku pertengkaran dengan penumpang lain dengan kedudukan topeng pelitup mukanya di dagu.

Bagaimanapun, tidak jelas apa yang diperkatakan mereka.

“Tuan-tuan dan puan-puan, saya minta maaf. Saya mesti mengambil tindakan selanjutnya,” kata juruterbang terbabit menerusi interkom.

Sementara itu, beberapa penumpang terdengar berteriak kepada wanita-wanita itu menggesa  turun dari pesawat.

Juruterbang berkata disebabkan kedua-dua penumpang wanita itu enggan turun daripada pesawat, penumpang lain turut diminta untuk berbuat perkara yang sama.

“Kami dapat menyelesaikannya dengan mudah tetapi pada ketika ini saya harus meminta semua orang untuk meninggalkan kapal terbang,” ujar juruterbang berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya