Desakan usir Trump dari White House diteruskan - Utusan Malaysia

Desakan usir Trump dari White House diteruskan

SEKUMPULAN penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi bagi mendesak supaya Presiden Donald Trump disingkirkan dari White House di Chicago, Illinois. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Dua pemimpin tertinggi Demokrat di Kongres menggesa supaya Presiden Donald Trump disingkirkan dari White House, dua hari selepas para penyokongnya menyerbu dan merusuh dalam bangunan Capitol.

Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi dan Ketua Senat Demokrat, Chuck Schumer menyatakan timbalan presiden, Mike Pence dan Kabinet Trump perlu memohon Pindaan Ke-25 Perlembagaan AS untuk ‘melepaskan Trump dari kuasanya’.

“Semalam, Presiden AS secara tidak langsung menghasut rakyat negara ini untuk melakukan pemberontakan bersenjata dan keadaan itu mendatangkan bahaya kepada negara,” kata Pelosi dalam satu sidang akhbar.

Selain itu, anggota Kabinet Trump serta sekutunya juga berbincang untuk memohon pelaksanaan pindaan tersebut.

Pindaan itu membolehkan mereka menyingkirkan presiden yang didapati tidak berupaya menguruskan tanggungjawabnya termasuk tugasan di White House.

Semalam, Kongres secara rasmi mengesahkan kemenangan Joe Biden, sekali gus memberi ruang kepadanya untuk mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-46 pada 20 Januari ini.

Pengesahan itu dibuat beberapa jam selepas penyokong Trump menyerbu dan merusuh dalam Capitol, selain menyaksikan lebih separuh Dewan Perwakilan Republikan dan lapan senatornya mengundi untuk mencabar keputusan pilihan raya presiden yang lepas.

Dalam pada itu, beberapa pegawai pentadbiran Trump juga membuat keputusan berhenti selepas rusuhan ganas yang berlaku.

Antaranya termasuk Setiausaha Pengangkutan, Elaine Chao yang juga merupakan isteri kepada pemimpin Senat Republikan, Mitch McConnell dan lebih ramai pegawainya dijangka mengambil langkah yang sama selepas ini.

Selain itu, puluhan anggota Demokrat juga menggesa supaya Trump ‘digulingkan’, dengan dua anggota Republikan iaitu Gabenor Maryland, Larry Hogan dan wakil parti itu di Illinois, Adam Kinzinger turut bersetuju untuk Trump berundur segera.

Malahan, ada dalam kalangan mereka sudah pun menyediakan laporan untuk mendakwa Trump kerana menghasut penyokongnya untuk merusuh.

Demokrat yang kini menguasai Dewan Senat pada 2019 pernah mendakwa Trump selepas beliau menekan Ukraine untuk menyiasat Biden, namun beliau terlepas daripada pendakwaan tersebut selepas Republikan mengundi untuk ‘menyelamatkannya’.

Di sebalik banyak pihak menggesa supaya Trump disingkirkan, Pence yang disifatkan sebagai ‘pengikut setia’ presiden itu memilih untuk menolak desakan tersebut.

The New York Times melaporkan, sumber terdekat Pence memaklumkan timbalan presiden itu tidak akan memohon pindaan ke-25 untuk menyingkirkan Trump.

Sementara itu, Facebook akan menyekat akaun Trump sehingga Biden mengangkat sumpah pada 20 Januari ini, manakala Twitter pula menyekat akaun presiden itu selama 12 jam bermula semalam. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya