Covid-19: UK lepasi 100,000 kes kematian - Utusan Malaysia

Covid-19: UK lepasi 100,000 kes kematian

CHRIS WHITTY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jumlah kematian akibat pandemik Covid-19 di Britain melepasi 100,000 orang ketika kerajaan berusaha mempercepatkan pengagihan vaksin dan mencegah strain virus baharu yang menular di negara tersebut.

Lapor Reuters, Ketua Pegawai Perubatan England, Chris Whitty berkata, lebih banyak kematian dijangka berlaku sebelum program vaksinasi mula memberi kesan.

“Malangnya, kita bakal melihat lebih banyak kematian dalam tempoh beberapa minggu akan datang sebelum kesan vaksin Covid-19 mula dirasai,” katanya.

United Kingdom (UK) menjadi negara kelima paling banyak mencatatkan kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia.

Sebanyak 100,162 kes kematian Covid-19 direkodkan setakat ini.

Jumlah itu dikatakan melebihi angka korban orang awam Britain dalam Perang Dunia II dan dua kali ganda bilangan yang terbunuh dalam insiden pengeboman Blitz pada 1940an.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya