Covid-19: Migrasi global jatuh 30 peratus - Utusan Malaysia

Covid-19: Migrasi global jatuh 30 peratus

MIGRASI global menurun kira-kira 30 peratus akibat pandemik Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pandemik koronavirus didapati `menyekat’ migrasi global kira-kira 30 peratus, dengan penurunan hampir dua juta migran antara tahun 2019 dan 2020.   

Statistik itu berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kira-kira 281 juta penduduk dilaporkan tinggal di luar negara asal mereka pada tahun lalu.

Laporan yang bertajuk Migrasi Antarabangsa 2020 itu turut menyatakan dua pertiga migran yang berdaftar tinggal di 20 negara sahaja.

Jelas laporan itu, Amerika Syarikat (AS) menduduki tempat pertama dalam senarai negara tersebut dengan merekodkan 51 juta migran antarabangsa pada tahun lalu.

Ia diikuti Jerman yang mencatatkan 16 juta migran, Arab Saudi (13 juta migran), Rusia (12 juta migran) dan Britain (sembilan juta migran).

Dalam pada itu, menurut laporan PBB tersebut, India mendahului senarai negara diaspora terbesar pada tahun lalu, dengan 18 juta warganegaranya menetap di luar negara kelahiran mereka.  

Jelas laporan itu, negara-negara lain yang mempunyai komuniti transnasional besar termasuk Mexico dan Rusia masing-masing mencatatkan 11 juta orang, China (10 juta orang) dan Syria (lapan juta orang).  

Pada tahun lalu, Eropah mencatatkan jumlah migran antarabangsa terbesar iaitu sebanyak 87 juta orang tinggal di negara tersebut.    

Hampir separuh daripada jumlah migran antarabangsa tinggal di negara asal mereka, dengan Eropah menyumbang bahagian terbesar dalam migrasi dalaman negara di benua Eropah.

Dilaporkan, sebanyak 70 peratus migran yang dilahirkan di Eropah menetap di negara lain sekitar benua itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya