JAKARTA: Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia direkodkan melepasi angka sejuta ketika negara ini melancarkan program vaksinasi terbesar di dunia untuk mengekang penularan virus tersebut.
Indonesia merekodkan sebanyak 1,012,350 kes jangkitan dengan hampir 29,000 kematian, menurut data rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Kadar ujian saringan yang perlahan dan tidak menyeluruh didakwa menjadi antara penyebab utama kes jangkitan di negara ini terus memuncak setiap hari.
Selain itu, banyak hospital semakin sesak dengan pesakit Covid-19.
Pakar epedemiologi di Universiti Indonesia, Pandu Riono berkata, negara ini sebenarnya sudah lama melepasi angka sejuita.
“Kita semua tidak tahu bila krisis ini akan berakhir,” katanya. – AFP