Covid-19: Doktor diberi bayaran tambahan - Utusan Malaysia

Covid-19: Doktor diberi bayaran tambahan

BAYARAN tambahan berkenaan akan dibayar apabila dos pertama dihantar sebelum akhir Januari. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON:  Golongan doktor akan diberi bayaran tambahan 10 pound (RM55)  untuk setiap dos vaksin Covid-19 yang diberikan kepada penduduk atau kakitangan rumah penjagaan, kata Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

Lapor Daily Mail, doktor akan diberi bayaran tambahan selain bayaran standard 12.58 pound (RM69) untuk setiap suntikan bagi mengimbangi waktu dan sumber tambahan yang diperlukan ketika mengunjungi pesakit di lokasi.

Sepucuk surat dikirimkan ke semua pusat rawatan utama memaklumkan mereka meminta perkhidmatan rawatan vaksin Covid-19 dengan mengutamakan penghuni serta kakitangan rumah jagaan.

“Kami menghargai waktu tambahan dan sumber yang diperlukan untuk memberikan vaksin di tempat rawatan terutama di saat sukar pada tahun ini. Oleh itu, NHS memberikan bayaran tambahan  10 pound setiap dos sebagai  harga perkhidmatan untuk semua vaksin yang diberikan di tempat rawatan,” katanya. 

Bayaran tambahan berkenaan akan dibayar  apabila dos pertama dihantar sebelum akhir Januari.

Suntikan vaksin Pfizer terhad pada rumah jagaan yang mempunyai  lebih 50 tempat tidur, namun rumah jagaan yang lebih kecil akan  menerima vaksin baharu mulai minggu depan.

“Hingga kini, hanya rumah penjagaan  besar dengan mempunyai lebih daripada  50 tempat tidur menerima  suntikan Pfizer-BioNTech kerana masalah penyimpanan dan pengangkutan.

“Ini bermakna rumah  yang lebih kecil, di mana terdapat sekitar 12,000 rumah di England yang tinggal,” katanya. 

Semalam, Setiausaha Kesihatan Britain,  Matt Hancock mengesahkan vaksin Oxford-Astra Zaneca kurang kekangan kerana boleh disimpan pada suhu yang lebih terkawal. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya