Covid-19: Biden perketat larangan kemasukan ke AS - Utusan Malaysia

Covid-19: Biden perketat larangan kemasukan ke AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Joe Biden akan mengenakan larangan kemasukan terhadap semua bukan rakyat Amerika Syarikat (AS) yang memasuki negara ini dari Afrika Selatan sebagai usaha untuk mengekang penularan varian baharu Covid-19.

Biden juga mengenakan larangan yang sama untuk pelancong bukan rakyat AS yang pernah memasuki Brazil, United Kingdom (UK), Ireland dan 26 negara di Eropah.

“Senarai larangan kemasukan itu menyaksikan Afrika Selatan sebagai negara baharu susulan penularan jangkitan varian baharu Covid-19 yang membimbangkan di sana,” kata pegawai kanan kesihatan AS, Dr. Anne Schuchat. 

Varian Afrika Selatan yang dikenali sebagai 501Y.V2 didakwa 50 peratus lagi mudah berjangkit dan dikesan di 20 negara setakat ini. –  REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya